Kejuaraan AFF B-19: Skuad negara mula dengan kemenangan

Seri Manjung – Skuad bawah 19 tahun negara memulakan saingan Piala AFF B-19 dengan kemenangan selepas menewaskan Kemboja 2-1 sebentar tadi.

Ia merupakan perlawanan pertama skuad bawah 19 tahun yang dikendalikan oleh ketua jurulatih, Hassan Sazali bagi saingan kumpulan B yang berlangsung di Stadion Madya, Senayan, Jakarta.

Malaysia menjaringkan gol pertama pada minit ke-13 menerusi Najmudin Akmal yang menewaskan penjagal gol Kemboja, Reth Lyheng.

Haiqal Haqeemi menambah jaringan skuad negara pada minit ke-30 dengan satu lambungan yang menarik untuk menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat separuh masa.

Skuad bawah 19 tahun negara dilihat begitu selesa dengan dua gol yang dihasilkan. Pemain negara kelihatan mengendurkan corak permainan yang mengakibatkan Kemboja mengambil kesempatan dengan menjaringkan gol pada minit ke-56.

Gol Kemboja tersebut dijaringkan oleh Chanvibol Davit yang menewaskan penjaga gol negara, Syahmi Adib.

Skuad negara bagaimanapun mampu bertahan sehingga ke wisel penamat untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan Piala AFF B-19 ini.

Malaysia akan bertemu Singapura pada 7 Jun bagi perlawanan kedua kumpulan B, Piala AFF B-19.

Foto | FAM

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *