Janganlah bersara awal – MB Perak

Ipoh – Guru-guru di Perak dinasihat untuk tidak bersara lebih awal akibat tekanan bekerja ketika pandemik Covid-19.

Begitulah permintaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kepada guru-guru yang mengajar di negeri ini. “Ini kerana cikgu-cikgu merupakan pemimpin dan motivator kepada murid-murid dan ibu bapa. Cikgu-cikgu juga mesti mengajak masyarakat untuk melawan Covid-19 ini” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, bilangan sebenar guru-guru yang ingin bersara awal itu masih belum dapat dipastikan.

Datuk Seri Saarani memberikan kenyataan  Majlis Pelancaran Smart G-Tuisyen dan Program Makanan Percuma Pelajar SPM, SPMV, STPM dan STAM 2021 di bawah Inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani di Hotel Casuarina, Meru.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.