Jambatan Pulau Pinang ditutup Ahad ini

Georgetown – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena Larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang pada Ahad ini.

Jambatan Pulau Pinang akan ditutup pada 11 Disember 2022, mulai jam 12 tengah malam sehingga pukul 10 pagi.

Jambatan Pulau Pinang akan ditutup pada 11 Disember 2022, mulai jam 12 tengah malam sehingga pukul 10 pagi.

Sehubungan dengan itu, pihak PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papantanda serta arahan yang diberikan.

Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *