JAKIM dan JPV gantung loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal

Seri Manjung – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) membuat keputusan untuk menggantung kelulusan yang telah diberikan kepada loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal berkuatkuasa serta merta sehingga satu hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.

Keputusan tersebut dibuat selepas berlangsungnya satu persidangan khas antara JAKIM dan JPV dengan Department of Agriculture, Water and the Environment (DAWE), Australia pada 13 Mei 2022 (semalam).

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Ketua Pengarah JPV, Datuk Dr Mohd Norlizan Mohd Noor dalam satu kenyataan bersama berkata, JAKIM dan JPV memberi perhatian serius berkenaan dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal oleh loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal yang telah mendapat kelulusan untuk mengeksport daging halal ke Malaysia.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

“Pihak kami (JAKIM dan JPV) ingin menegaskan bahawa prosedur pengiktirafan loji pemprosesan luar negara oleh Kerajaan Malaysia adalah melalui satu prosedur yang ketat dan terperinci.

“Hal ini kerana, proses pengiktirafan loji sembelihan dan loji pemprosesan luar negara dijalankan pengauditan secara sistematik oleh pegawai-pegawai terlatih JAKIM dan JPV.

“Proses pengauditan ke atas loji sembelihan yang dilaksanakan adalah secara berjadual menggunakan piawaian yang telah ditetapkan untuk kualiti dan keselamatan produk berdasarkan SOP di dalam Standard Malaysia untuk Good Manufacturing Practices (GMP) MS 1514:2009, Standard Malaysia untuk Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) MS 1480:2018 termasuk juga Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM)23(h):1/2014 (Pengauditan Loji Sembelihan dan Loji Pemprosesan).

“Manakala bagi aspek pematuhan halal mengguna pakai Malaysia Standard Halal Food – Production, Preparation, Handling and Storage – General Guidelines (MS1500:2009) dan Malaysian Protocol for The Halal Meat and Poultry Production.

“Proses kelulusan pula perlu melalui sebanyak empat kali pembentangan dan penilaian sebelum keputusan diberikan. Pembentangan dan penilaian di peringkat JAKIM adalah melibatkan Jawatankuasa Penilaian Pengiktirafan Halal Luar Negara dan Jawatankuasa Pengesahan Pengiktirafan Halal Luar Negara (JPPHLN).

“Proses pengauditan ke atas loji sembelihan yang dilaksanakan adalah secara berjadual menggunakan piawaian yang telah ditetapkan untuk kualiti dan keselamatan produk berdasarkan SOP di dalam Standard Malaysia untuk Good Manufacturing Practices (GMP) MS 1514:2009, Standard Malaysia untuk Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) MS 1480:2018 termasuk juga Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM)23(h):1/2014 (Pengauditan Loji Sembelihan dan Loji Pemprosesan).

Ketua Pengarah Jakim dan Ketua Pengarah JPV

“Manakala pembentangan dan penilaian seterusnya adalah di peringkat JPV dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) iaitu Jawatankuasa Teknikal Pengiktirafan Abatoir & Loji Pemprosesan Luar Negara (JTPALLN) dan Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Import dan Eksport Keluaran Pertanian (JKEIP) peringkat MAFI.

“Selepas kelulusan diperolehi, pemantauan loji sembelihan dibuat oleh JPV, JAKIM dan badan persijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM untuk memastikan standard dan prosedur Malaysia dipatuhi.

Mengulas mengenai dakwaan pelanggaran prosedur penyembelihan halal loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, JAKIM telah menjalankan siasatan ke atas loji sembelihan berkenaan dan mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkuasa Australia.

JAKIM juga telah mengatur pertemuan dengan Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat Malaysia (PEKEMAS) dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut. Dalam kenyataan media itu turut menyatakan bahawa, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan tersebut akan diberi surat tunjuk sebab dan berhadapan dengan kemungkinan untuk dibatalkan status sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *