kementerian pendidikan malaysia

Isu Cikgu Mohd Fadli, KPM bincang esok

Berita Terkini

Seri Manjung – “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum perkara yang dibangkitkan di media sosial berkaitan Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh.” Itulah yang diperkatakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali melalui satu rakaman video yang dikongsi petang tadi di Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pkharuddin Ghazali berkata, surat yang telah dihantar kepada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh bukanlah surat yang membawa maksud bahawa hukuman  telah dijatuhkan Lembaga Tatatertib.

“Sebaliknya surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu (Mohd Fadli Mohamed Salleh) berkenaan mengenai dakwaan yang telah diterima oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, serta keperluan untuk cikgu Fadli mengemukakan penjelasan bertulis.

“Sehubungan itu, pihak Lembaga Tatatertib telah pun menerima surat penjelasan daripada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober 2022 yang lalu.

“Lembaga Tatatertib akan dijadualkan bersidang pada hari Isnin (esok), 17 Oktober 2022.

“Prosiding tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 dan diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuk diri saya sendiri.

“Saya berharap dengan penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada semua pihak,” kata Pkharuddin Ghazali.

Sebelum ini, Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh telah berulang kali menyuarakan pendapatnya mengenai isu sistem pendidikan, beg sekolah, silibus, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Difahamkan bahawa, Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh telah beberapa kali memetik atau tag nama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin di sosial media mengenai isu pendidikan negara, tetapi tidak diendahkan.

Sehinggalah tular di media sosial mengenai Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh mendapat surat dari Pengerusi Lembaga Tatatertib yang bertarikh 22 September 2022.

Apalah nasib murid-murid dan cikgu-cikgu sekolah di Malaysia.

Perkongsian Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh di Facebooknya semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *