radzi jidin

Isu beg berat akan diselesaikan

Berita

Putrajaya – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin akan mencari jalan yang terbaik dalam masa yang terdekat berhubung isu beg sekolah berat yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Menurut Datuk Dr. Radzi Jidin, jumlah tujuh mata pelajaran dalam sehari terlalu banyak dan sememangnya ia menyumbang kepada pertambahan berat beg murid-murid.

Jumlah tujuh mata pelajaran dalam sehari terlalu banyak dan sememangnya ia menyumbang kepada pertambahan berat beg murid-murid.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin

“Untuk sekolah yang mengajar tiga atau empat mata pelajaran, kita mendapati bahawa beg sekolah mereka lebih ringan”, ujarnya.

“Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak boleh sesuka hati untuk mengeluarkan arahan terus untuk mengurangkan kepada tiga mata pelajaran”, tambahnya lagi.

Dalam waktu yang sama, beliau menegaskan bahawa isu beg sekolah berat ini memerlukan penelitian serta jalan penyelesaian yang menyeluruh yang merangkumi segala aspek.

Datuk Dr. Radzi Jidin memberikan kenyataan semasa sidang akbar selepas pelancaran Sekolahku Sejahtera di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini pada Isnin.

Isu beg sekolah berat kembali menjadi topik hangat selepas terdapat laporan mengenai murid yang mengalami masalah tulang belakang akibat menggalas beg sekolah yang berat setiap hari.