Hospital Seri Iskandar dijangka siap hujung 2024

Seri Iskandar – Hospital Seri Iskandar yang berkapasiti 4 wad dengan 76 katil dijangka siap pada penghujung tahun 2024 dengan kerja-kerja pembinaan hospital tersebut telah bermula pada November 2021 lalu.

Kemudahan kesihatan tersebut dibina di atas tanah seluas 18.9 ekar dengan nilai RM145.7 juta itu dijangka akan menyediakan kemudahan perubatan dan kesihatan kepada lebih 95,000 penduduk di Seri Iskandar dan sekitarnya.

Pembinaan Hospital Seri Iskandar bertujuan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan rawatan yang semakin meningkat dan akan memberi manfaat kepada penduduk di daerah Perak Tengah serta daerah berdekatan.

Foto | Twitter

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *