Helikopter TLDM terbang rendah sekitar Manjung

Lumut – Pada 9 April 2022 ini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan melaksanakan latihan dan demonstrasi ‘winching’ menyelamatkan mangsa nahas helikopter terhempas membabitkan aset-aset udara TLDM seperti Super Lynx MK 100 dan AS 555 SN Fennec.

Antara kawasan yang terlibat adalah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Seri Manjung, Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Seri Manjung, Mahkamah Majistret Seri Manjung dan Stadium Seri Manjung.

Kesemua pesawat tersebut akan melaksanakan penerbangan taktikal dan akan terbang secara rendah pada 4 dan 9 April 2022 di sekitar Manjung.

Latihan dan demonstrasi ini bersempena Program Aviation Safety Week yang dianjurkan oleh Cawangan Udara TLDM (CUT) dengan kerjasama Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut yang akan diadakan di padang bola IKM Lumut.

Program ini merupakan salah satu acara sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-88 yang akan disambut pada 27 April nanti.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut meminta orang ramai tidak cemas dan dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dengan kehadiran aset-aset udara ini sepanjang tempoh latihan dilaksanakan.

Twitter rasmi TLDM.

Kenyataan Media: 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗛𝗘𝗟𝗜𝗞𝗢𝗣𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗟𝗗𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.