Hanya mampu separuh akhir

Bukit Jalil – Hasrat untuk melihat satu beregu lelaki mara ke perlawanan akhir Petronas Terbuka Malaysia 2022 tidak menjadi kenyataan apabila kedua-duanya tewas mudah kepada lawan masing-masing di separuh akhir yang berlangsung semalam.

Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei sekali lagi menjadi mangsa kepada pasangan nombor tujuh dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto. Mereka tewas 14-21, 12-21 dalam masa 37 minit walaupun mendapat sokongan dari penonton yang memenuhi Axiata Arena.

Berdasarkan rekod pertemuan, ini merupakan kekalahan keenam bagi pasangan beregu Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei kepada pasangan beregu dari indonesia ini. Sebelum ini mereka turut tewas di Terbuka Indonesia 2022 dan Terbuka Switzerland 2022.

Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei

Skrip yang sama turut terjadi kepada beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Mereka sekali lagi gagal menamatkan kemarau kejuaraan apabila pengembaraan mereka turut tersekat di separuh akhir semalam.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang turun dalam perlawanan terakhir semalam terpaksa akur dengan kehebatan juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi. Meraka tewas dalam masa 41 minit dengan keputusan 21-23, 9-21 sekaligus mengecewakan penyokong yang hadir di Axiata Arena.

Dengan kekalahan kedua-dua beregu tersebut, maka tiada wakil negara yang akan beraksi di perlawanan akhir hari ini.

Foto | BAM

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published.