Gunung berapi Iceland meletus 

Reykjavik – Pada 3 Ogos 2022, Rabu lalu, kerajaan Iceland mengesahkan satu letusan gunung berapi telah berlaku di Gunung Fagradalsfjall berhampiran Lapangan Terbang Keflavik.

Pegawai kerajaan tempatan memberi amaran kepada penduduk tempatan agar menjauhi Gunung Fagradalsfjall. 

Beberapa gambar dari media tempatan Iceland menunjukkan lahar dan asap dari letusan tersebut keluar dari celah-celah dan sisi gunung berkenaan. 

Letusan terbaru ini terletak 40 kilometer (KM) dari ibu kota Iceland, Reykjavik dan ianya berdekatan dengan tapak letusan gunung berapi yang berlaku pada tahun lalu dengan letusan berlaku selama enam bulan. 

Pejabat Meterologi Iceland (IMO) mengeluarkan amaran agar penduduk dan pelancing menjauhkan diri dari kawasan letusan berkenaan kerana letusan berkenaan mengeluarkan gas beracun. 

Beberapa helikopter telah dihantar untuk meninjau keadaan dan kawasan letusan tersebut.

Foto: Visir

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *