Gempa dikesan di Beluran
Seri Manjung – Satu gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Richter telah berlaku di Beluran pada pukul 8.39 malam tadi, bertarikh 28 Mac 2022.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), gempa tersebut berpusat di 6.5474°U, 117.4965°T, iaitu 47 kilometer (km) ke timur Pitas dan berlaku pada kedalaman 7 km.
Gegaran yang terhasil dari gempa bumi lemah ini mungkin dapat dirasai di Beluran dan kawasan sekitarnya.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau pekembangan keadaan ini.