Gempa bumi gegar Sumatera Barat

Seri Manjung – Dua gempa bumi pada kekuatan 5.2  dan 6.2 skala Richter telah menggegarkan wilayah Sumatera Barat pada jam 8.35 dan 8.39 pagi waktu tempatan.

Gempa pertama berlaku 18 kilometer ke timur laut Pasaman Barat, manakala empat minit kemudian berlaku gegaran kedua dengan jarak 17 kilometer ke timur laut juga di Pasaman Barat.

Mengikut maklumat yang dikeluarkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), kedua-dua gempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gegaran ini turut dirasakan dibeberapa kawasan pantai barat Malaysia antaranya Perak ,Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Pahang.

Walaubagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.