Gempa bumi di Rantau Taiwan

Seri Manjung – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 Skala Richter telah berlaku di Rantau Taiwan pada jam 3.45 petang tadi bersamaan 9 Mei 2022.

Gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 148 kilometer ke tenggara Keelung, Taiwan pada koordinat 24.0° Utara dan 122.6° Timur dengan kedalaman 17 kilometer.

Ini merupakan gegaran susulan setelah berlakunya gempa bumi pertama pada jam 2.23 petang hari yang sama dengan kekuatan 6.1 Skala Richter.

Gempa bumi pertama berpusat 146 kilometer ke tenggara Keelung dengan kedalaman 10 kilometer pada koordinat 24.0° Utara dan 122.5° Timur.

Gempa bumi tersebut bagaimanapun tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Foto | earthquake.usgs.gov

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *