Seri Manjung – Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa terdapat gangguan bekalan elektrik dibeberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.
Gangguan elektrik sejak jam 12:39 tengahari tadi melibatkan 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan elektrik.
Antara kawasan-kawasan terlibat adalah di Petaling Jaya, Cheras, Bangi, Bayan Lepas, Seberang Jaya, Panchor dan Bandar Indera Mahkota. Walaubagaimanapun, bekalan telah dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat kecuali di kawasan-kawasan terbabit di Lembah Kelang.
Perkara tersebut dikongsi di Facebook TNB Careline beberapa minit yang lalu.
Pasukan teknikal TNB sedang mengenalpasti punca kejadian dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan elektrik di kawasan yang mengalami gangguan.
“Kami (TNB) mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.”
Gangguan elektrik itu turut berlaku di beberapa negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.