Dua varian China dikesan di Malaysia

Seri Manjung – Dua varian utama Covid-19 yang menular di China telah dikesan di Malaysia.

Ia merupakan varian BA.5.2 dan BF.7 dimana dua varian ini merangkumi lebih kurang 80% daripada varian yang menular di negara tersebut buat masa ini.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada hari ini melalui blognya (https://kpkesihatan.com/2023/01/02/kenyataan-media-kpk-2-januari-2023-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-52-25-31-disember-2022/).

Menurut Noor Hisham Abdullah, setakat 31 Disember 2022 yang lalu, terdapat 4,148 kes yang dijangkiti dengan BA.5.2 dan tiga kes yang melibatkan varian BF.7.

“Walau bagaimanapun, belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1.

“Situasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat sebarang perubahan ketara yang seterusnya memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam.

“Perkara ini akan diumumkan dengan segera oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada semua negara anggota WHO serta penduduk secara am.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *