Dua perlawanan persahabatan pada September

Seri Manjung – Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj berkongsi satu ciapan di Twitternya yang mana pasukan bola sepak kebangsaan akan menghadapi dua perlawanan persahabatan pada bulan September ini.

Perlawanan persahabatan tersebut akan menyaksikan pasukan negara berdepan lawan yang berada di ranking lebih tinggi dari skuad kebangsaan.

Ciapan Ahli Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj.

Setelah berjaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023, FAM mempunyai beberapa perancangan untuk meningkatkan tahap persembahan dan memantapkan pasukan bola sepak kebangsaan.

Selain itu, skuad kendalian Kim Pan Gon juga perlu mengekalkan momentum permainan untuk dibawa ke Piala Asia 2023 nanti.

Walau bagaimanapun, dua pasukan yang bakal bertemu dengan pasukan kebangsaan masih belum diketahui.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *