Cuaca Panas Tahap Satu di Manjung semalam

Seri Manjung – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu di Sarawak.

Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu pada jam 4.45 petang Rabu (semalam), empat kawasan di Semenanjung melibatkan Manjung, Hulu Perak dan Kinta di Perak serta Baling di Kedah.

Manakala kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Mukah.

“Tiada kawasan di Sabah berada pada tahap satu,” jelas MetMalaysia.

Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *