COVID-19: lebih 3000 kes dan dua kematian

Seri Manjung – Jangkitan COVID-19 kembali mencatatkan jumlah jangkitan melebihi 3000 dengan dengan dua kematian.

Data yang dikeluarkan oleh lawan sesawang CovidNow menunjukkan jumlah kes terbaharu jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 3,264 kes, ini termasuk 5 kes import.

Dua kematian turut direkodkan semalam dan menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 meningkat kepada 35,811 kes dan tiada kes melibatkan kematian dibawa ke hospital (BID).

Sementara itu, sebanyak 2,703 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah kumulatif kategori tersebut berjumlah 4,524,281.

Sejumlah 35,882 kes Covid-19 yang masih aktif dan angka ini termasuk 559 kes yang dicatatkan semalam.

Sebanyak 34,659 individu dikuarantin di rumah, manakala 24 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,156 individu dimasukkan ke hospital.

Individu yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) berjumlah 43 orang dengan 12 orang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP).

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *