COVID-19: 5,047 kes baharu dan 4 kematian

Seri Manjung – Jangkitan baharu COVID-19 semalam (Sabtu) yang dikeluarkan oleh portal CovidNow berjumlah 5,047 kes dan tiga daripadanya merupakan kes import.

Empat kes kematian turut direkodkan semalam dan menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat jangkitan COVID-19  adalah 35,848 dan hanya satu kes yang melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).


Kes aktif terbaru adalah 1,273 dan menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif buat masa ini adalah 42,481.

Seramai 40,923 individu dikuarantin di rumah, 39 individu di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), 1,459 orang dirawat di hospital dan 60 orang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published.