sp setia, setia alam ppv i

Covid-19: 27,831 kes, tertinggi sejak bermulanya pandemik

Berita

Putrajaya – Hari ini menjadi saksi apabila kes jangkitan Covid-19 adalah yang tertinggi sejak pandemik melanda negara ini. Sebanyak 27,831 kes jangkitan direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 adalah 3,111,514 kes.

Sebanyak 27,831 kes jangkitan Covid-19. Tertinggi sejak bermulanya pandemik.

kementerian kesihatan malaysia (KKM)

Jumlah kes jangkitan Covid-19 pada hari ini merekodkan pertambahan lebih 5000 kes berbanding semalam iaitu sebanyak 22,133 kes.

Berikut adalah perkongsian Tan Sri Dr Noor Hisham di Twitter rasminya:

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.