Covid-19: 27,299 kes baharu, 43 kematian

Seri Manjung – Jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara meningkat kepada angka 3,395,170 kes setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 27,299 kes jangkitan Covid-19 pada hari Sabtu, 26 Februari 2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 27,043 kes adalah kes jangkitan tempatan dan 256 adalah kes import.

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut berkata, daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 27,170 (99.53%) kes adalah kategori satu dan dua, manakala 129 (0.47%) dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Sebanyak 348 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) iaitu 153 kes telah disahkan Covid-19 manakala bakinya 195 adalah kes disyaki, berkemungkinan dan masih dalam siasatan,” tambahnya.

Terdapat 494 kluster yang masih lagi aktif. Jumlah tersebut termasuk tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti.

Sebanyak 43 kematian disebabkan jangkitan Covid-19 turut direkodkan semalam. Jumlah itu termasuk 13 kes kematian sebelum tiba ke hospital. Dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian adalah 32,634 orang.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.