COVID-19: 2,239 kes baharu
Seri Manjung – Laman sesawang COVIDNOW melaporkan sebanyak 2,239 kes baharu jangkitan COVID-19 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara meningkat kepada 4,478,112 kes.
Daripada jumlah jangkitan terbaharu tersebut, hanya 3 kes membabitkan kes import dan selebihnya adalah jangkitan tempatan.
Selangor mencatatkan jangkitan kes paling tinggi iaitu, 1,148 diikuti Kuala Lumpur (338), Pulau Pinang (171), Negeri Sembilan (112), Perak (105), Johor (87), Melaka (81), Sabah (43), Kedah (43), Sarawak (30), Pahang (28), Terengganu (17), Kelantan (13), Putrajaya (15), Perlis (6) dan Labuan (2).
Jumlah kes yang masih aktif adalah sebanyak 30,735 dan jumlah ini termasuk 29,516 pesakit yang sedang menjalani kuarantin di rumah.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh laman sesawang COVIDNOW, seramai 45 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 23 daripada jumlah tersebut memerlukan alat bantuan pernafasan.
Tiga kes kematian turut dicatatkan semalam. Ini termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).