Putrajaya – Negara mencatatkan penurunan jangkitan virus Covid-19 dengan 21,072 kes jangkitan berbanding hari sebelumnya sebanyak 22,802 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 3,040,235 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa, 20,986 kes (99.59%) adalah kategori 1 dan 2, manakala kategori 3, 4 dan 5 adalah 86 kes (0.41%).
20,986 kes (99.59%) adalah kategori 1 dan 2, manakala kategori 3, 4 dan 5 adalah 86 kes (0.41%).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tempatan berjumlah sebanyak 21,007 kes iaitu 20,526 warganegara (97.7%) dan 481 bukan warganegara (2.3%), manakala 65 kes merupakan kes import yang melibatkan 29 warganegara dan 36 bukan warganegara.
Beliau juga menambah bahawa sebanyak 5,724 kes sembuh pada hari Ahad dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 2,852,437.
Berikut adalah perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitternya:
Maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dikemaskini di laman sesawang Covidnow covidnow.moh.gov.my.