Noor Hisham Abdullah

Covid-19: 20,939 kes hari ini

Berita

Putrajaya – Jangkitan Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 20,939 kes dilaporkan pada hari ni, Jumaat, 11 February 2022. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 adalah 2,996,361 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, sebanyak 118 kes (0.56%) adalah kategori 3, 4 dan 5. Manakala 20,821 kes (99.44%) dalam kategori 1 dan 2.

Berikut adalah perkongsian Tan Sri Dr Noor Hisham di Twitter rasminya:

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.