Covid-19: 17,134 kes hari ini

Putrajaya – Jangkitan Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 17,134 kes dilaporkan pada hari ni. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa, sebanyak 17,048 (99.5%) kes jangkitan adalah kategori satu dan dua. Manakala 86 (0.05%) kes jangkitan adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.

Disamping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mencatatkan kes sembuh jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 5,621 kes dan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah sebanyak 2,829,752 kes. Tan Sri Dr Noor Hisham turut menambah, masih terdapat 15 kluster baharu Covid-19 yang telah dikenalpasti dan menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 6,541 kluster.

Menurut portal COVIDNOW, kadar penggunaan katil di hospital seluruh negara meningkat kepada 70%. Ini mencatatkan peningkatan berbanding hari sebelumnya.

Berikut adalah perkongsian Tan Sri Dr Noor Hisham di Twitter rasminya:

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.