Covid-19: 13,944 kes positif hari ini

Putrajaya – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial hari ini berkata, angka terbaharu itu menjadikan sejumlah 2,939,198 kes positif COVID-19 di Malaysia, setakat ini.

13,944 kes positif hari ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Sebanyak 73 kes (0.52%) adalah kategori 3, 4 dan 5, manakala 13,871 (99.48%) kes dalam kategori 1 dan 2. Tambahnya lagi, kategori 2 (71.21%) merupakan penyumbang kepada jumlah jangkitan tertinggi iaitu 9,929 diikuti kategori 1 dengan jumlah 3,942 (28.27%) kes.

Beliau turut menyatakan bahawa, Kategori 3 merekodkan 54 kes (0.39%), kategori 4 dengan 11 kes (0.08%) dan kategori 5 sebanyak lapan kes (0.05%).

[grafik: moh.gov.my]

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *