Buka semula kes kematian Baby Adam

Seri Manjung – Pejuanita (Pejuang) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menggesa pihak polis supaya membuka semula kertas siasatan membabitkan kematian seorang bayi, Muhammad Adam Rizqi Abdul Azim (Baby Adam) yang berusia 10 bulan pada tahun 2020.

Ketua Pejuanita Wilayah Persekutuan, Bibi Sunita S. Khan berkata, kes kematian Baby Adam perlu dibuka semula untuk mengenal pasti kematiannya dan didakwa ada kaitan dengan penderaan di Pusat Perlindungan Rumah Bonda.

“Kami membuat laporan ini kerana, kematian Baby Adam tidak periksa dan apakah penyebab kepada kematiannya.

“Apabila viral kes berkaitan adik Bella di rumah perlindungan yang sama iaitu Pusat Perlindungan Rumah Bonda yang dikelola oleh Cik Bainun, maka timbullah semula kes berkaitan Baby Adam yang telah meninggal pada 3 Mei 2020.

Kita juga menuntut agar tidak ada unsur-unsur yang membabitkan ahli-ahli politik atau ‘orang-orang kayangan’ untuk menutup kebenaran dengan apa yang terjadi terhadap adik Bella dan arwah Baby Adam

Ketua Pejuanita Wilayah Persekutuan, Bibi Sunita

“Kami (Pejuanita) Wilayah Persekutuan, mahu kertas siasatan ini dibuka semula kerana tiada laporan bedah siasat Baby Adam dan ianya perlu untuk mengetahui apakah punca sebenar kematian bayi tersebut yang dahulunya dalam keadaan sihat (berisi) dan berada dalam keadaan amat kurus sewaktu meninggal dunia.

“Kita juga tidak tahu samada kemungkinan wujudnya penderaan terhadap arwah Baby Adam.

Justeru itu pihaknya ingin menuntut keadilan dan penjelasan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sama ada wujud ketirisan di jabatan berkenaan yang sepatutnya melindungi anak-anak syurga ini.

“Kita sepatutnya melindungi anak-anak syurga ini, tetapi malangnya anak-anak ini telah didera dan kita tidak boleh menyangkal penderaan tersebut sebab bukti terlampau banyak dan saksi sudah tampil ke depan.

“Kita juga menuntut agar tidak ada unsur-unsur yang membabitkan ahli-ahli politik atau ‘orang-orang kayangan’ untuk menutup kebenaran dengan apa yang terjadi terhadap adik Bella dan arwah Baby Adam,” tegas Bibi Sunita S. Khan.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.