Bobie Farid CEO sementara Perak FC

Ipoh – XOX Pro Sport Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat XOX Berhad mengumumkan Bobie Farid Shamsuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara Perak FC berkuat kuasa serta merta.

Perlantikan tersebut akan menyokong perjuangan Perak FC untuk dari zon penyingkiran dalam Liga Perdana Malaysia yang berbaki 9 perlawanan musim ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pemilik Perak FC, XOX Berhad petang semalam (Selasa, 31 Mei 2022).

Bobie Farid juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) One XOX Sdn. Bhd. dan Prinsipal Pasukan The Komanz Kru Racing team (TKKR) akan dibantu oleh Mohd Badrol Izman Osman yang akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sementara Perak FC.

Dalam masa yang sama, Perak FC berharap dapat merebut peluang pada tempoh jendela perpindahan ini untuk mendaftar serta menandatangani beberapa pemain baharu dalam usaha memperkasakan skuad.

Bobie Farid Shamsuddin, CEO interim Perak FC

Perak FC yang merupakan kelab bola sepak tertua di negara ini sedang berusaha menandatangani sekurang-kurangnya 14 pemain ke dalam skuad sekarang, selepas dikenakan larangan perpindahan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA ) kerana tidak dapat menjelaskan tunggakan gaji para pemain pada Februari 2022.

Ia diikuti dengan pemotongan 9 mata oleh First Instance Body (FIB) pada April 2022.

Pengambilalihan Perak FC oleh XOX mendapat liputan meluas kerana isu gaji para pekerja dan hutang tertunggak yang dihadapi sebelum ini.

Untuk kembali bersaing di peringkat tertinggi dalam saingan liga domestik, Perak FC perlu menang perlawanan seterusnya untuk mengembalikan jumlah mata ke paras sifar.

Perak FC bakal berkunjung ke gelanggang Kelantan United FC bagi saingan Liga Perdana pada 25 Jun ini dengan skuad penuhnya.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *