kj

Beberapa kelonggaran SOP diumum Rabu ini

Berita Terkini

Port Dickson – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka akan mengumumkan beberapa kelonggaran berhubung prosedur operasi standard (SOP) pada hari Rabu ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya sudah maklumkan perancangan KKM tersebut kepada Perdana Menteri. Pada hari Rabu nanti, saya akan umumkan,” kata Khairy Jamaluddin.

Pada Sabtu, 23 April 2022, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa akan mengumumkan beberapa kelonggaran SOP berkaitan penggunaan imbasan MySejahtera, pemakaian pelitup muka dan ujian saringan Covid-19 di lapangan terbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *