“Ayuh kita meriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Perak” – PM 

Seri Manjung – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai memeriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Perak yang akan berlangsung di Sunway Lost World of Tambun pada Khamis ini bersamaan 18 Mei 2023. 

Perkara tersebut dinyatakan melalui hantaran media sosial Facebooknya. 

Perdana Menteri turut menasihatkan rakyat agar memanfaatkan sambutan Aidilfitri Mubarak dengan kasih sayang dan sikap bersilaturahmi serta bersuai kenal antara satu sama lain. 

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Negeri Perak tersebut akan bermula pada jam 6.30 petang sehingga 11 malam dan bakal menyajikan persembahan raja pop legenda yang juga kelahiran negeri Perak iaitu Datuk Jamal Abdillah serta ratu rock negara, Ella, Floor88 dan beberapa artis lain. 

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *