Anwar umum kabinet jam 8.15 malam ini

Seri Manjung – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai barisan menteri pada jam 8.15 malam ini.

Pengumuman barisan kabinet baru itu sepatutnya berlangsung pada jam 5 petang tadi, namun terpaksa ditunda.

“InsyaAllah jam 8.15 malam ini saya akan mengumumkan saf kepimpinan baharu Kabinet Kerajaan Perpaduan. Nantikan,” begitulah ciapan Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun di Twitternya jam 5.46 petang tadi.

Pengumuman kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jam 8.15 malam ini.

Senarai penuh barisan kabinet telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi (Jumaat) untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda agar lantikan dapat dilaksanakan segera.

Foto | Anwar Ibrahim

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *