casemiro

Ancelotti sahkan Casemiro ke United 

Bola Sepak Sukan Terkini

Madrid – Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti mengesahkan bahawa pemain tengahnya, Casemiro mahu meninggalkan Real Madrid. 

Ancelotti sudah berbincang dan bercakap dengan pemain Brazil itu dan pemain itu mahukan cabaran baharu. 

“Saya sudah bercakap dengannya (Casemiro). 

“Dia mahukan cabaran baharu. Kami memahami dan menghormati hasratnya. 

“Setakat ini rundingan antara United dengan Casemiro masih berjalan dan dia masih pemain Real Madrid.

“Tetapi dia telah memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid dan mahukan cabaran baru”, tambah pengurus lagenda dari Itali itu. 

Media Inggeris melaporkan bahawa bayaran perpindahan Casemiro bernilai €70 juta dan ditawarkan kontrak dengan gaji €300,000 seminggu di Old Trafford. 

Casemiro merupakan sasaran terbaru United selepas gagal mendapatkan khidmat Frenkie de Jong (Barcelona) dan Andrien Rabiot (Juventus). 

Pasukan kendalian Erik ten Hag ketika ini mengalami masalah kritikal di bahagian tengah.

Fred dan Scott Mc Tominay tidak mempunyai kriteria- kriteria yang cukup bagus untuk meneruskan kehendak taktikal dan corak permainan yang diterap oleh Erik ten Hag.

Casemiro dilihat mampu melakukan tugas-tugas yang gagal dilaksanakan Fred dan Scott Mc Tominay.

Manchester United akan bertemu Liverpool pada 23 Ogos ini jam 3 pagi waktu Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *