pengunjung di teluk batik

Air pasang besar mulai 14 hingga 17 Julai ini

Setempat Terkini

Seri Manjung – Pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar akan berlaku bermula hari ni, 14 Julai sehingga Ahad, 17 Julai 2022.

Perkara tersebut dikongsi oleh Pusat Hidrografi Nasional melalui Facebook dan Twitter agensi kerajaan berkenaan.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh pengaruh daya tarikan graviti oleh bulan dan matahari.

Bagi penduduk daerah Manjung yang tinggal berhampiran pantai disarankan agar peka dan berwaspada dengan fenomena alam ini.

Data dan ramalan air pasang boleh disemak di pautan ini; https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/

Fenomena air pasang besar – Pusat Hidrografi Nasional

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *