Seri Manjung – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok, Isnin, bersamaan 2 Mei 2022.
Pengumuman Hari Raya Aidilfitri itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad kira-kira pada jam 8 malam tadi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022,” katanya.
Aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara petang tadi.
Untuk pengetahuan, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut sehari lebih awal daripada jangkaan tarikh asal iaitu pada hari Selasa, 3 Mei 2022.