Malaysia B-19

AFF B-19: Malaysia benam Vietnam, jumpa Laos di final

Bola Sepak Sukan Terkini

Seri Manjung – Skuad bola sepak B-19 negara mencipta kejutan apabila menewaskan Vietnam 3-0 dalam perlawanan separuh akhir Kejuaraan AFF B-19 petang tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Patriot Chandrabhaga itu menyaksikan skuad kendalian Hassan Sazali menjaringkan gol pada setiap babak permainan.

Dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi, skuad negara berjaya menyerap segala bentuk serangan Vietnam. Skuad negara pula hanya sekali-sekala mengancam gawang lawan.

Malaysia memulakan kenduri gol pada minit ke-25 menerusi penyudah cantik Adam Farhan Mohd Faizal yang menewaskan penjaga gol, Cao Van Binh.

Vietnam menggandakan asakan setelah ketinggalan satu gol dengan beberapa percubaan mereka berjaya disekat oleh pertahanan dan penjaga gol negara.

Hanya ada satu percubaan Vietnam yang hampir meranapkan semangat pasukan B-19 negara iaitu pada minit ke-54. Tandukan Nguyen Anh Tu hanya mampu singgah di tiang gawang negara.

Walaupun pasukan B-19 negara kerap dikritik hebat oleh peminat-peminat bola sepak tempatan sepanjang kejohanan berlangsung, skuad kendalian Hassan Sazali membuktikan mereka mampu untuk menjawab kritikan-kritikan tersebut dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-70.

Haiqal Haqeemi Hairi tampil membuktikan bahawa pasukan B-19 negara mampu membawa sesuatu dari kejohanan tersebut dengan jaringan kedua.

Pemain gantian, Haykal Danish Mohd Haizon menambah duka Vietnam dengan menjaringkan gol ketiga Malaysia apabila mengambil peluang atas kesilapan pertahanan lawan yang tergelincir ‘ala Steven Gerrard’ dalam satu serangan balas pantas pada minit ke-87.

Mengikut statistik, ini adalah perlawanan akhir keempat berturut-turut buat pasukan B-19 negara sejak tahun 2017, 2018, 2019 dan 2022. Kali terakhir skuad B-19 negara menjuarai Kejohanan AFF B-19 adalah pada tahun 2018.

Terkini, Malaysia akan bertemu Laos pada perlawanan akhir Jumaat ini, jam 9 malam.

Laos menewaskan satu lagi pasukan pilihan Thailand dengan keputusan 2-0 sebentar tadi.

Foto | FAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *