Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Aaron Chia-Wooi Yik kedua dunia BWF

Sukan Terkini

Seri Manjung – Beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berada di kedudukan kedua dalam senarai ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam (Isnin).

Pasangan beregu tersebut naik satu anak tangga setelah mengumpul sebanyak 84,518 mata dalam 16 kejohanan yang telah disertai mereka.

Mereka kini berada di belakang pasangan beregu utama Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto dimana mereka kekal sebagai gandingan nombor satu dunia dengan meraih 92,855 mata.

Walaupun hanya meraih gelaran naib johan pada Terbuka India beberapa hari lalu (Ahad, 22 Januari 2023), kutipan mata tersebut sudah cukup buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk menolak satu lagi pasangan beregu Indonesia, Hendra Sitiawan-Mohammad Ahsan ke kedudukan ke-3 dalam ranking BWF.

Satu lagi pasangan beregu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang dibayangi aksi tidak konsisten dalam beberapa kejohanan sebelum ini terus tercicir dari kalangan 10 pasangan beregu terbaik dunia apabila hanya berada di tangga ke-11 dunia (turun satu anak tangga).

Pasangan beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut mengalami nasib yang serupa, apabila pasangan ini juga turun satu anak tangga dan terkini berada di kedudukan ke-9 dunia.

Pasangan beregu wanita meningkat naik, Pearly Tan-M Thinaah naik dua anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-6 dunia dengan kutipan 69,955 mata daripada 16 kejohanan yang disertai mereka.

Foto | BWF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *