Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke separuh akhir

Seri Manjung – Juara dunia yang juga pasangan beregu pertama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan sebarang masalah untuk mara ke separuh akhir Terbuka Denmark malam tadi.

Mereka menewaskan gandingan India yang juga pilihan ke-7 kejohanan, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dengan keputusan 21-16, 21-19 dalam 41 minit.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), ini adalah kemenangan ketujuh berturut-turut buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke atas pasangan India tersebut.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan menentang beregu ampuh dari Indonesia, Marcus Fenaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo pada perlawanan separuh akhir hari ini.

Untuk keputusan perlawanan suku akhir lain, perseorangan negara, Lee Zii Jia (4) menewaskan Jonathan Christie (8), 21-16, 18-21, 21-18 dalam masa 67 minit.

Pasangan beregu campuran negara, Goh Son Huat-Shevon Lai turut mara ke separuh akhir selepas mengejutkan gandingan Jepun yang juga pilihan kedua kejohanan, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dengan straight set, 21-18, 21-14 (35 minit).

Satu lagi pasangan beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya mencuri satu slot ke separuh akhir setelah menewaskan pasangan Chinese Taipei, Lee Yang-Lu Chen, 18-21, 21-19 dan 21-13 (63 minit).

Perlawanan separuh akhir Terbuka Denmark 2022 akan bermula pada jam 4 petang pagi waktu Malaysia.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *