Aaron Chia-Soh Woi Yik sasar kejuaraan dunia 

Seri Manjung – Impian pasangan beregu ke-6 dunia, Aaron Chia-Soh Woi Yik untuk mencipta kejutan di Kejohanan Badminton Dunia buat kali pertama dilihat sedikit samar apabila mereka akan bertemu pasangan pilihan ke-3 kejohanan, Mohammad Ahsan-Hendra Gunawan dari Indonesia tengah hari, hari ini. 

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang juga pilihan ke-7 kejohanan dengan keputusan 20-22, 21-18 dan 21-16 dalam masa 77 minit pada semalam. 

Layak ke perlawanan akhir pada kejohanan dunia 2022 merupakan pencapaian terbaik bagi pasangan negara ini setelah tujuh kali tewas di separuh akhir dalam beberapa kejohanan yang mereka sertai sebelum ini. 

Walaupun impian Aaron Chia dan Soh Woi Yik hanya dipisahkan dengan 42 mata untuk merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia 2022 pada hari, mereka dijangka mendapat tentangan sukar dari pasangan yang mempunyai tiga gelaran juara dunia. 

Pasangan berpengalaman dari negara jiran, Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan (juara 2013, 2015 dan 2019) satu-satunya halangan yang perlu ditewaskan pada perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang ini waktu Malaysia. 

Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan menewaskan rakan sepasukan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto berkeputusan 23-21, 12-21 dan 21-16 pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung semalam. 

Untuk rekod, pemain-pemain badminton Malaysia tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan badminton dunia sejak ia diperkenalkan pada tahun 1977 di Malmo, Sweden.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published.