9,696 calon SPM 2021 peroleh semua A
Putrajaya – Seramai 9,696 calon mendapat keputusan cemerlang gred A dalam semua mata pelajaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid berkata, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) pula merekodkan nilai 4.86.
“Seramai 71,842 calon memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian.
“Calon SPM 2021 adalah kohort pertama yang menggunakan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah), iaitu satu format baharu dalam mata pelajaran.
“336,630 daripada keseluruhan 407,097 calon yang berdaftar layak dianugerahkan sijil SPM.
“Calon mesti sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak mendapat sijil SPM. Ini berdasarkan syarat pensijilan SPM yang telah ditetapkan pada 2013.