9,117 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu

Berita

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 9,117 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu. Kali terakhir jangkitan melepasi angka 9,000 adalah pada 8 Oktober tahun lalu dengan 9,751 kes.

Menerusi hantaran Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 kini meningkat kepada 2,904,131 kes. Katanya, seramai 6,546 pesakit telah sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan kini 2,806,154.

Sementara itu, 123 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 81 daripadanya sah positif Covid-19 manakala 42 disyaki dijangkiti.

Daripada jumlah pesakit di ICU, 67 memerlukan bantuan pernafasan dengan 34 sah positif Covid-19 manakala 33 dalam siasatan.

Sebanyak 8,983 jangkitan tempatan direkodkan hari ini melibatkan 8,715 rakyat Malaysia dan 268 warga asing, manakala 134 kes import merangkumi 50 rakyat Malaysia dan 84 warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah

Hisham berkata, daripada jangkitan baharu itu, hanya 0.5% termasuk dalam Kategori 3, 4 dan 5 ketika didiagnosis.

Selain itu, katanya sebanyak 10 kluster baharu dilaporkan hari ini.

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara adalah 1.13 dengan Perlis menunjukkan angka tertinggi, iaitu 1.33 disusuli Sabah (1.29), Kedah (1.19), Johor (1.17), Putrajaya (1.17), Selangor (1.16), Pulau Pinang (1.13), Melaka (1.12), Kuala Lumpur (1.09), Terengganu (1.09), Perak (1.08), Pahang (1.08), Sarawak (1.07), Negeri Sembilan (1.06) dan Kelantan (1.03).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *