rasuah pegawai TNB

6 direman, rasuah pegawai TNB

Berita Setempat

Ipoh – Enam lelaki direman selama empat hari bermula semalam (Selasa) bagi membantu siasatan kes merasuah pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berjumlah antara RM500 hingga RM15,000 secara bulanan.

Pemberian rasuah secara bulanan itu bertujuan supaya pegawai TNB terbabit tidak mengambil tindakan terhadap mereka dalam aktiviti mencuri elektrik bagi perlombongan Bitcoin dan operasi kilang kayu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus bagi membenarkan SPRM menahan suspek-suspek untuk membuat siasatan lanjut di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Kesemua suspek berumur antara 29 hingga 67 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar Perak ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melancarkan Ops Power pada Isnin.