AFC logo

4 negara nyata minat tuan rumah Piala Asia 2023

Bola Sepak Sukan Terkini

Seri Manjung – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengeluarkan satu kenyataan hari ini bahawa ada empat negara yang menghantar permohonan rasmi untuk membida hak tuan rumah Piala Asia 2023.

Tuan rumah asal bagi Piala Asia 2023 iaitu China, telah menarik diri kerana peningkatan kes COVID-19 di negara tersebut dan menyebabkan AFC terpaksa mencari dan membuka bidaan kepada semua anggota persatuan sejak 31 Mei 2022 yang lalu.

Empat anggota persatuan AFC yang telah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 tersebut ialah Federasi Bola Sepak Australia (FFA), Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA).

Sebelum ini AFC telah menetapkan 30 Jun yang lalu sebagai tarikh tutup untuk menerima bidaan sebagai tuan rumah, tetapi ianya telah dilanjutkan sehingga 15 Julai bagi membolehkan mereka meneliti setiap permohonan daripada negara-negara anggota.

Menurut AFC, syarat-syarat bidaan telah diedarkan kepada anggota persatuan pada 17 Jun 2022 dan tarikh akhir untuk menyerahkan dokumen tawaran telah ditetapkan pada 31 Ogos 2022 depan.

Penilaian keseluruhan bidaan akan dilakukan oleh pentadbiran AFC sebelum pemilihan dan pengumuman tuan rumah untuk pertandingan yang melibatkan 24 pasukan itu diumumkan oleh Jawatankuasa Eksekutif AFC pada 17 Oktober 2022 depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *