Seri Manjung – Perak FC sedang giat memperkuatkan pasukan dengan mencari dan menandatangani sekurang-kurangnya tiga pemain import bagi memperkuatkan skuad sedia.
Kenyataan tersebut dikeluarkan di laman sosial rasmi Facebook, Perak Football Club.
Bagaimanapun, proses mencari dan menandatangani ini tertakluk kepada kelulusan ujian perubatan dan prasyarat kejurulatihan.
Antara pemain-pemain baru yang bakal dibawa masuk ialah penyerang, Stipe Plazibat dari croatia, pemain tengah, Luciano Guaycochea dari Argentina dan pemain tengah bertahan dari Nigeria, Sunday Kolawole.
Plazibat merupakan pemain Lion City Sailors pada musim 2020/21 dengan menjaringkan 14 gol dari 17 penampilannya bersama kelab tersebut dalam saingan Liga Perdana Singapura.
Pengurusan Perak FC berusaha untuk memperkuatkan skuad dalam usaha untuk keluar dari zon penyingkiran dan kekal dalam Liga Perdana.
“Maklumat peminat adalah penting untuk keputusan ini.
“Selepas pertemuan dan perbincangan pihak kami (XOX Berhad) dengan beberapa wakil kelab peminat dan penyokong Perak FC, kami merasakan bahawa kelab memerlukan pemain yang bagus untuk baki 9 perlawanan ini.
“Perak FC juga mempunyai skuad yang muda dan berbakat,” jelas CEO sementara Perak FC, Bobie Farid.
Pemain-pemain baru ini bakal diuji dalam satu perlawanan persahabatan pada 19 June, Ahad ini di Stadium Perak, Ipoh bertemu Christian Seoul University pada jam 9 malam sebelum ditawarkan kontrak bersama kelab.