2 kedai kain terbakar di Ipoh

Ipoh – Dua unit rumah kedai yang menjual kain hampir musnah dalam kebakaran di Little India, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan kecemasan MERS 999 pada pukul 3 petang.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh telah bergegas ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP Pasir Putih dan Pasukan Bomba Sukarela.

Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *