1,571 kes baharu, satu kematian

Seri Manjung – Negara mencatatkan 1,571 kes terbaharu jangkitan COVID-19 pada semalam (Ahad) dan satu kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 adalah 4,526,298 juta kes.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh portal COVIDNow, sebanyak 1,570 kes jangkitan adakah penularan tempatan, manakala hanya ada satu kes melibatkan jangkitan import.

Satu kematian turut dilaporkan semalam dengan jumlah keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,712.

Data tersebut melaporkan kes COVID-19 yang masih aktif di dalam negara ketika ini sebanyak 22,395 kes dengan 21,375 individu dikuarantin di rumah manakala 18 pesakit berada di pusat kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Seramai 976 dirawat di hospital dengan 26 ditempatkan di unit rawatan rapi ICU.

The Dindings Ledger

The Dindings Ledger (TDL) adalah portal berita yang diwujudkan oleh beberapa anak muda yang berasal dari Seri Manjung, Perak. Bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penduduk daerah Manjung mengenai perkembangan negara khususnya di daerah Manjung.

Leave a Reply

Your email address will not be published.